4 Perkara Yang Menguatkan Badan

petua imam syafie
Makan Daging
Kenape aku tampilkan gambar kambing ? Kerana daging  yang terbaek dari ladang dan lautan dalam  adalah daging kambing. Jadi korang kene banyak makan daging terutama sekali daging kambing.  Paling senang nak dapat makan daging  nie mase Hari Raya AidilAdha, mase tu rezeki nak makan daging melimpah ruah. Harap dapat diamalkan ye.
Pakai Minyak Wangi
Sebenarnye banyak kelebihan kalau pakai minyak wangi, antarenya dapat menyegarkan si pemakai serta dapat menambahkan keyakinan diri apabila berdepan orang ramai. Secare logiknye, orang akan lebih selesa untuk m’dekati kite. Maklumlah cuaca yang panas, kite akan b’peluh lalu b’bau. Harap dapat amalkan ye.
Kerap Mandi
Secare umumnye, mandi dapat menyegarkan kite. Maklumlah, dengan keadaan sekeliling yang tidak menentu nie, kite kene jage kebersihan diri. Tapi jangan mandi tengah malam, nanti paru-paru berair. Bahaye tu !!!  Bil. Air tu pepandailah  tanggung sendiri. Harap dapat amalkan ye.
Berpakaian Dari Kain Kapas
Yang nie aku tak tahu kenape b’pakaian dari kain kapas dapat menguatkan badan. Mungkin dari sejarah Islam dulu kot. Korang buat ‘research’ pastu komen kat sini ye. Dah puas aku cari sebab kain kapas nie, harap korang dapat bagi tahu aku. Harap dapat amalkan ye.




Kenapa Bangsa Yahudi Bijak


Kita diajar dalam Buku Biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir) bahawa kalau nak dapat Vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam. Tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan memakan organ dalaman. Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sebab hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. Jadi, kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. Kita diajar dalam Sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba perhatikan Bangsa Yahudi, mereka minum kopi Starbuck. Profesor di United Kingdom yang Berbangsa Yahudi, semuanya membawa bekalan air kopi. Kita diajar supaya tidak memakan kambing kerana berkolesterol tinggi, namun kambing juga adalah makanan Nabi. Buku Sains merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu. Orang Kafir menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tidak berkhasiat. Air Coke sangat beracun dan tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi). Orang Kafir (agen dajjal) menyatakan kebaikan minum soya sebab Amerika Syarikat merupakan pengeluar soya terbesar, namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. Selain itu, soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang. Dalam soya ada Hormon Estrogen yang sama dengan hormon wanita. Selain itu, soya ada phytic acid yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

Ubat Penyembuh Syaitan & Iblis


Ada satu kitab menyatakan bahawa syaitan itu juga sering mengalami sakit-sakit dan patah riuk kaki dan tangannya. Walaupun seteruk mana pun penyakitnya dan patah kakinya, namun ada sejenis ubat yang membantu memulihkan penyakitnya. Boleh katakan setiap hari syaitan dan iblis mengalami patah kaki dan tangan yg serius dan boleh dimasukkan ke wad ICU. Namun kita sebagai Umat Islam juga telah bersimpati dengan nasib iblis dan syaitan dan telah menghulurkan ubat secara percuma kepada mereka yang dilaknat. Di pendekkan cerita, suatu hari bapa iblis telah mengarahkan anaknya pergi mengganggu Umat Islam yang baru hendak solat di masjid. Apabila sampai sahaja di masjid, si anak-anak iblis ini sudah bersedia untuk menghasut dan melalaikan para jemaah. Tiba-tiba berkumandanglah azan, maka larilah iblis lintang-pukang sambil terlanggar bukit, pokok besar dan seumpamanya dan mereka lari sehingga tak terdengar lagi ditelinga mereka laungan azan. Maka iblis tadi meraung sakit kerana cedera parah,patah tangan ,kaki dan sebagainya. Datanglah bapa mereka dan mengarahk an bahawa hanya ade satu saje ubat yang boleh menyembuhkan kembali kecederaan parah mereka, lalu menyuruh mereka pergi ke rumah orang Islam dan carilah air kencing orang yang kencing berdiri dan sapulah ke tempat yg luka cedera parah. Sepantas kilat,mereka mencari orang Islam yang kencing berdiri dan serta merta penyakit mereka sembuh. Kesimpulannya, orang kencing berdiri inilah yang menjadi punca iblis sentiasa sihat. Oleh itu, jangan kencing berdiri.

Petua Diet Rasulullah S.A.W


Ustaz Abdullah Mahmood berkata, Rasulullah S.A.W tidak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga pemakanannya seharian. Petua ini dapat mengelakkan dari sakit perut dan keracunan makanan, Insyaallah.


a. Jangan makan susu + daging
b. Jangan makan ikan + daging
c. Jangan makan ikan + susu
d. Jangan makan ayam + susu
e. Jangan makan ikan + telur
f. Jangan makan ikan + daun salad
g. Jangan makan susu + cuka
h. Jangan makan buah + susu (koktel)
i. Jangan makan buah selepas makan nasi, tetapi lakukan sebaliknya.
j. Tidur 1 jam selepas makan tengahari.
k. Jangan tinggal makan malam.
l. Kesan tidak makan malam, cepat tua dan kolesterol dalam badan akan berganda.

Dunia dan Akhirat


Siapakah orang yang sibuk ?

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Izzuddin Jr®. Dikuasakan oleh Blogger.

Copyright © / Aku, Kau & Blogger

Template by : Urang-kurai / powered by :blogger